Tuesday, 1 September 2015



KEMAHIRAN PENYESUAIAN SOSIAL


  • Kemampuan seseorang untuk dapat menyesuaikan diri terhadap likungan dan mampu berinteraksi dengan lingkungan, serta mampu menjadi bahagian dari likungan tersebut.

       Terbahagi  kepada dua :

  1. Intrapersonal
  2. Interpersonal


       INTRAPERSONAL
  • Berlaku dalam diri seseorang.
  • Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu  perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya.
  • Bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.
     
      Contoh komunikasi intrapersonal :
  1. Muhasabah diri
       -  Berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.              

      2.  Berdoa
        
      -  Memohon sesuatu perkara yang diminta daripada Allah s.w.t

     3.  Bersyukur

      -  Berterima kasih di atas segala apa yang diperolehi melalui pemberian Allah



      INTERPERSONAL
  • Komunikasi antara individu.
  • Proses komunikasi yang melibatkan dua orang atau lebih.
  • Bersifat terus iaitu bersemuka tanpa menggunakan sebarang perantaraan atau saluran tertentu.
      
      Terbahagi kepada :
  1. Komunikasi kumpulan
       - Berperanan membuat keputusan dan dipatuhi oleh semua ahli
       - Berlaku dalam bentuk formal dan tidak formal
       - Contohnya : mesyuarat 

    2.  Pengucapan awam

       - Berucap di khayalak ramai
       - Seorang kepada orang ramai

    3.  Komunikasi massa

      - Berlaku untuk sebaran umum
      - Menggunakan alat-alat media massa seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, buku dan risalah
      - Berbentuk sehala dan jika berlaku tindakan balas ia mengambil masa dan tidak sepantas interpersonal




KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA



Cara membuat nota :
  1. Annotation
  2. Outline notes
  3. Column notes
  4. Nota rumusan


1. ANNOTATION
- Catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, laman web atau filem.
- Menggariskan fakta, menandakan isi penting dengan menggunakan highlight dan boleh juga menggunakan pelekat.

2. OUTLINE NOTES
- Frasa dan kata kunci
- Nota yang disediakan dalam bentuk point dengan menggunakan perenggan, nombor atau perkataan.
- Nota ini menyenaraikan point utama dan subpoint.

3. COLUMN NOTES
- Cara mengambil nota menggunakan format bentuk lajur.
- Lebih sesuai kepada subjek Sains dan Matematik.
- Nota dicatat mengikut tajuk dan subjek dalam kolum.
- Kolum sebelah kiri terdiri daripada idea utama atau subtajuk.
- Kolum di sebelah kanan terdiri daripada penerangan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk. 

4. NOTA RUMUSAN
- Nota yang mempunyai semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan.
- Rumusan ini lebih fokus kepada isi penting.

Alat-alat berfikir dalam membuat nota :

  1. Pengurusan grafik.
  2. Peta minda.
  3. Pemetaan I-think.
  4. Teknik menyoal aras tinggi.
  5. Penyoalan sokratik.
  6. Soalan bertumpu dan mencapah
  7. Lingkaran soalan.
1. PENGURUSAN GRAFIK
- Satu bentuk ilustrasi atau lakaran.
- Memantapkan lagi pemikiran.
- Contohnya : carta alir, kitaran, peta minda dan tulang ikan.





2. PETA MINDA
- Mencatat nota dengan mudah.
- Mengingat sesuatu dengan mudah.




3. PEMENTAAN I-THINK



4. TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI
- Melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif.
- Memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya saing.




KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT


Definisi maklumat :
- Data, bahan dan pengetahuan
- Data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna

Ciri-ciri maklumat :
  1. Relevan
  2. Boleh difahami
  3. Boleh dipercayai
  4. Tepat pada masanya
  5. Membantu mengurangkan ketidakpastian
Langkah-langkah mencari maklumat :
  1. Tentukan apakah matlamat yang hendak dicari atau diperolehi
  2. Pergi ke rak atau kabinet kad katalog
  3. Catatkan maklumat buku yang ada di dalam kad katalog di atas cebisan kertas
  4. Tuju ke rak buku yang ada nombor penjelasan yang sama dengan nombor penjelasan di dalam kad katalog.
  5. Kalau buku tiada di rak, berjumpa dengan pustakawan atau pembantunya untuk menempah buku yang dicari
  6. Kalau ada, buatkan pinjaman mengikut sisitem pinjaman yang diamalkan.
Jenis-jenis rujukan :
  1. Buku rujukan
  2. Ensiklopedia
  3. Laporan tahunan
  4. Surat khabar
  5. Majalah


KEMAHIRAN APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER


Perisian utiliti :
- Program utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan  yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian aplikasi.


Perisian utiliti terbahagi kepada 2 :

1. Os Based Utility 
  - Disk Scanner
  - Disk Defragmenter

2. Non Os Based Utility
  - Perlindungan virus
  - Pemampatan Data

* Perisian pemprosesan perkataan
- Contohnya : Microsoft Word, Lotus AMI Pro, Star Office Writter, Texmaker

* Perisian hamparan kerja
-  Perisian hamparan kerja boleh digantikan dengan perisian hamparan elektronik

* Perisian persembahan elektronik
- Membantu membina membuat persembahan dengan menggabungkan unsur animasi, video, audio    dan grafik bertujuan untuk menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak bosan
- Terdiri daripada teks, jadual, lukisan klip, gambar atau grafik niaga

* Perisian pengkalan data
-  Satu perisian untuk membina Database atau pengkalan data dalam sesebuah sistem


KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS



Definisi :
- Keupayaan & kebolehan pelajar untuk menganalisi dan mentafsir bahan yan dibaca dan didengari.

Tujuan :
- Supaya bahan berkenaan boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan menikut     kehendak soalan tugasan.

Maklumat yang perlu dianalisis :

1. KUANTITATIF
- Nombor

2. KUALITATIF
- Teks
- Lakaran
- Rajah
- Foto

Friday, 28 August 2015

                            

                            KEMAHIRAN BELAJAR